PENGENALAN KELAB
PENCEGAHAN JENAYAH
Bilangan kes jenayah yang melibatkan murid
sekolah seperti yang sering dilaporkan oleh media sosial dan media cetak telah
meningkat serta membangkitkan kebimbangan banyak pihak.
Kementerian Pelajaran berpendapat gejala antisosial ini perlu diberikan perhatian serius dan ditangani secara menyeluruh serta bersepadu oleh semua pihak.
Kesedaran murid akan implikasi negatif terhadap jenis dan pola perlakuan jenayah perlu dipertingkatkan agar mereka tidak terjebak dalam kegiatan antisosial.
Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999 bertarikh 10 Jun 1999, telah menyarankan bahawa semua sekolah menengah di seluruh negara supaya menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah. Saranan penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.
Seterusnya, diharapkan agar kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan polis dapat diselaraskan dalam usaha membanteras perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

No comments:
Post a Comment