FALSAFAH PENUBUHAN KELAB
Kelab Ini berperanan serta bertanggungjawab melahirkan ahli
yang kreatif dan inovatif, mempunyai ketahanan diri, berani
bersaing, prihatin terhadap bidang yang diceburi, mempunyai wawasan
dalam bidang ko-kurikulum dan juga sahsiah, serta menggembelingkan
kreativiti diri secara global demi memartabatkan nama kelab dan
sekolah di samping mempunyai keyakinan dan kesedaran diri
MOTO
‘MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI’
MATLAMAT
1. Memupuk rasa patuh
kepada peraturan sekolah dan undang-undang Negara.
2. Melahirkan
kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
3.
Menanam nilai-nilai moral yang tinggi dalam
kalangan pelajar, bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
4. Menyediakan garis panduan cara-cara pencegahan
jenayah dan menggalakkan mereka
menjalankan aktiviti yang berfaedah.
5. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab
kepada agama, bangsa, negara dalam
hal-hal pencegahan jenayah.
No comments:
Post a Comment